PEMPENGARUH sensasi, Marissa Dania diandaikan sudah menjalinkan hubungan baik bersama Umisya Mazlan setelah tindakannya memuat naik foto menunjukkan kemesraan bersama.
Menerusi hantaran di Instagram Story Marissa atau Marissa Dania Hakim yang juga merupakan madu kepada Umisya Mazlan seakan-akan memperlihatkan tanda noktah terhadap keretakan hubungan mereka setelah bergelar isteri kepada Ahmad Aslam.
Dalam masa sama, dia turut berkongsi kapsyen dengan menyatakan setiap andaian memerlukan penjelasan.
Keadaan ini telah meraih perhatian wargamaya seperti memberi bayangan ingin menjelaskan jawapan terhadap spekulasi hubungan diantara mereka.
“Sesetengah adaian memerlukan penjelasan, benar?,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, masih tiada lagi penjelasan lanjut yang didedahkan oleh Marissa berhubung isu ini.
Marissa Dania sebelum ini telah menggemparkan perhatian wargamaya kerana didakwa menjadi orang ketiga dalam perhububgan suaminya bersama isteri pertama sehingga menyebabkan penceraian.
Dalam masa sama, pernikahan mereka juga telah dijelaskan oleh Abby Abadi, 47, ibu kepada Marissa, berlaku di Sogkhla, Thailand serta memperakui sijil nikah tersebut yang berada padanya.
Tambahan itu, turut dikatakan pernikahan tersebut juga berlaku ketika Misya sedang menggerjakan ibadah umrah di Makkah pada 27 Disember lalu sebelum memutuskan untuk merujuk semula pada tempoh idah.
Sementara itu, menerusi ikatan rumah tangga Misya bersama Ahmad Aslam telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hud yang berusia 3 tahun manakala Nuh, 2 tahun.

