Cik B macam nak pengsan terkejut! DSV beritahu dah belanja RM420,000 untuk bilik hotel di Makkah!

Dari Penulis

PEMPENGARUH terkenal, Cik B terkejut apabila mengetahui sebanyak RM420,000 telah dibelanjakan oleh ibunya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bagi membayar kos penginapan hotel di Makkah.

Baru-baru ini, Cik B atau Nur Edlynn Zamilee Muhammad Amin, 19, sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada 31 Mac lalu.

Ketika mereka menginap di hotel berdekatan Masjidil Haram. Cik B sempat membuat ‘hotel tour’ menerusi perkongsiannya di laman Tiktok.

Walau bagaimanapun, dia terkesima selepas mengetahui harga penginapan yang dibelanjakan sepanjang 10 hari mereka di sana.

Disamping memanjatkan rasa syukur serta berterima kasih kepada ibunya kerana membiayai penginapan tersebut.

“Baik semua, hari ini kita reviu bilik kita di Makkah.

“Cantik tak hotel Cik B di Makkah? Alhamdulillah, terima kasih mama.

“Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi positif serta terinspirasi dengan kemewahan yang ditunjukkan oleh keluarga mereka yang berhabis duit demi menyahut seruan Ilahi.

“Aku kalau ada duit lebih macam ni, aku pun akan buat benda yang sama. Healing beribadah di Tanah Suci.

“Sebab ini nak kerja rajin-rajin untuk jadi kaya, nak beribadah dengan selesa. Tahap keselesaan kita mungkin tak sama tapi kita usaha insya-Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kita, amin.

“Rezeki mereka kaya-raya, dapat pergi Makkah tanpa fikir tentang bajet,” komen netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This