Suspek tembakan di KLIA buat pemeriksaan kesihatan kerana mahu bekerja di Arab Saudi

Dari Penulis

SUSPEK kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Ahad lalu membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan mahu bekerja di Arab Saudi.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Hussein, siasatan mendapati suspek telah membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Kelantan itu seminggu sebelum kejadian berkenaan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, pihak polis akan membuat permohonan menyambung tahanan reman suspek selepas tempoh remannya tamat Isnin ini.

Hussein berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

“Suspek dijangka dituduh dalam masa terdekat.

Baca artikel lain: Polis perketat kawalan di KLIA jamin keselamatan

“Sehingga hari ini, seramai 27 individu telah dirakam percakapan termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan motif suspek membuat tindakan itu tetap sama iaitu atas alasan hal peribadi.

Pada Ahad lalu, lelaki yang dikenali sebagai Hafizul Hawari didakwa melepaskan dua tembakan ke arah isterinya, yang merupakan seorang pengendali umrah, ketika wanita itu berada di balai ketibaan KLIA. Dia dikatakan sedang menunggu ketibaan jemaah dari Arab Saudi.

Bagaimanapun tembakan tersebut terkena salah seorang daripada dua pengawal peribadi wanita terbabit, menyebabkan dia cedera parah.

Hafizul kemudian dilaporkan meninggalkan KLIA. Dia ditangkap di Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul tiga petang keesokannya.

Lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai membeli pistol semi automatik yang digunakan daripada seorang lelaki warga Thailand beberapa hari sebelum insiden tersebut pada harga RM5,000.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This