Punca tinggalkan Dolla, Syasya kini selamat bernikah dengan lelaki pilihan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SUSULAN pengumuman pengunduran Syasya Rizal daripada kumpulan Dolla, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokongkerjaya Dolla dari awal sehingga kini.

“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusandibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasyamendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” katanya.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasyaakan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

“Apa yang penting juga, semoga berita gembira inimenghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. 

“Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terusmenyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” katanya.

Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.

Dalam perkembangan lain, Dolla berjaya mengharumkannama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuahpertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokaldi China menerusi program Show It All.

Menariknya, aksi lincah Dolla ketika membuat persembahanmenjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi keselesaan peminat, konsert Homecoming Ella berpindah ke Setia Spice Arena pada 22 Ogos depan

BERITA baik buat pencinta muzik rock tanah air dan peminat tegar Ratu Rock Negara! Konsert berskala besar yang paling...

More Articles Like This