SUSULAN beberapa siri pendedahan yang ‘dilondehkan’ oleh kekasih gelap kepada suaminya, Aliff Azizi iaitu Sarah Yasmine, penyanyi dan pelakon Bella Astillah pula tampil memberi respon mengenai isu terbabit.
Bella menyangkal dakwaan dia bersama pasukannya telah menghantar e-emel kepada semua jenama agar tidak meneruskan kerjasama dengan aktres Ruhainies.
“Fitnah! Bila masa pasukan saya e-mel jenama produk. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Pada entri sama, Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp Aliff dan Ruhainies yang menuduh dia mempengaruhi jenama produk yang ada kaitan dengan dirinya.
Pada masa sama, Bella turut meluahkan rasa terkilan selepas membaca tangkap layar perbualan Aliff dan aktres itu yang mengutuk dirinya hanya kerana menerima tawaran sebagai duta produk kecantikan dan kesihatan diri.
Lebih memilukan, apabila perbualan itu dibuat pada hari ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac lalu.
“Pada hari lahir saya,” katanya berserta emoji patah hati.

Menerusi perbualan berkenaan, Ruhainies tidak berpuas hati apabila Bella diplih sebagai wajah baharu untuk produk dari Korea Selatan itu.
Lebih menjengkelkan apabila Ruhainies turut melabelkan Bella sebagai binatang.
Bella turut mengulang siar semua hantaran yang dimuat naik oleh Sarah Yasmine di Instagram Story.


