PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepemimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertemu Mahmoud semasa Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomu Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi, semalam.
Dalam catatan di akaun Facebook, Mohamad memaklumkan, Mahmoud turut menyampaikan salam terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Sidang Plenari WEF.
“Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Baca artikel lain: Malaysia bimbang, kecewa veto halang kemasukan Palestin jadi anggota penuh PBB
“Beliau minta sampaikan salam terima kasih rakyat Palestin kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran tersebut.
Beliau kini berada di Riyadh untuk mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Mesyuarat Khas WEF.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Mohamad turut berkongsi mengenai pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan, Mohammed Ishaq Dar di WEF.
“Dalam perbincangan, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat agar Malaysia dan Pakistan mengukuhkan lagi hubungan dua hala melalui kerjasama sedia ada dan meneroka bidang kerjasama lain yang berpotensi.
“Saya juga sempat mengucapkan tahniah kepada Ishaq Dar atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakistan berkuat kuasa semalam,” kata Mohamad.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

