Rumah Bangsa: Terpulang mahu gelar apa, UMNO tidak terkesan – Mohamad

Dari Penulis

UMNO tidak terkesan dengan pelbagai gelaran diberikan kepadanya dalam usaha memperkukuhkan parti dengan menarik semula pemimpin dan bekas ahli yang dipecat serta digantung keahlian menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Rumah Bangsa dilakukan bagi memperkukuh kembali keharmonian dalaman parti untuk bangkit semula selepas terkesan dengan keputusan pilihan raya yang lalu.

“UMNO kini dalam usaha membina kekuatan untuk bangkit semula bermula dari dalam, sekali gus menjadikan asas utama dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Jika ada pihak yang melabelkan parti kita sebagai rumah hantu (Inisiatif Rumah Bangsa), itu terpulang kerana UMNO sekarang dalam keadaan harmoni hasil muhasabah diri.

“Kita sedar kita sudah dibuang pada pilihan raya terdahulu, tapi kita juga menyedari rakyat membuat begitu kerana ada sebab, seperti orang tua-tua kata, ‘sakit berpunca mati bersebab’.

“Satu daripada puncanya kerana pergeseran sesama sendiri selain perbalahan dalaman dan isu yang tidak dapat ditangani dengan baik,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau, malam tadi.

Mohamad mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak bersedia menyertai gagasan Rumah Bangsa ditawarkan UMNO kerana menyifatkannya sebagai struktur politik yang tidak selamat.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, gagasan diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diibaratkan seperti perlindungan yang rosak dan tidak mampu melindungi pihak yang berada di bawahnya.

Mohamad yang juga Menteri Luar turut membidas bahasa digunakan pemimpin itu sebagai tidak sesuai.

“Beliau (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sepatutnya menggunakan bahasa yang baik terutama dalam bulan Ramadan. Saya tak mahu mengulas lebih lanjut kerana bagi saya terlampau banyak flip-flop yang beliau lakukan, bercakap yang bukan-bukan… buang masa saya untuk memberi komen,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This