Dari padang bola ke Sahabat Pisang, Hisyamudin berjaya peroleh RM100,000 sebulan hasil jual pisang

Dari Penulis

Bekas pemain Liga Super, Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari optimis dalam menentukan haluan kerjaya dalam dunia perniagaan. Membekalkan pisang kepada hampir 200 cawangan Goreng Pisang Crispy (GPC) setiap hari, empayar Sahabat Pisang kini semakin meluaskan jajahan.

Jelas Hisyamudin, sedar akan jangka hayat pemain bola sepak tidak lama, dia mengambil langkah ‘bersara’ awal dengan membina Sahabat Pisang sebagai tunggak utama pendapatan.

“Pendapatan pemain Bola Sepak memang lumayan namun jangka hayatnya agak singkat jadi kami harus pandai dalam menguruskan kewangan. Nasihat saya buat rakan-rakan yang lain, rancang kewangan dan bersara dengan buka perniagaan kerana berniaga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

“Kali terakhir saya bermain bola pada 2022 dan masih aktif memberi ‘coaching’, cuma tumpuan saya lebih kepada membina perniagaan Sahabat Pisang.

“Potensi Sahabat Pisang sangat tinggi kerana permintaannya sentiasa ada setiap hari. Walau pada bulan pertama berniaga, jualan kami boleh mencecah sehingga RM5,000 sehari,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan Goreng Pisang Crispy (GPC) Cawangan Sg Tua baru-baru ini.

Sedar akan hakikat terpaksa bersaing dalam dunia berbeza, namun jelas lelaki berusia 37 tahun ini, setiap pekerjaan punya cabaran tersendiri. Malah dia turut mahu membantu rakan pemain yang lain untuk turut sama meneroka dunia perniagaan.

“Ini merupakan cabaran dan saya yakin kerja keras ini akan membuahkan hasil dan rezeki yang lebih berkat. Ia memberikan kepuasan kerana perniagaan ini satu cabang baru dan berharap dengan Sahabat Pisang dapat membantu rakan-rakan pemain bola yang lain untuk turut sama berniaga,” tambahnya lagi.

Bakal membuka cawangan kedua di Pantai Timur, jelasnya lagi, dia memilih pisang kerana permintaan yang cukup tinggi daripada pemborong dan peniaga.

“Sahabat Pisang sudah membuka cawangan kedua di Seremban dan bakal berkembang ke Terengganu. Sahabat Pisang bekalkan pisang untuk cawangan Goreng Pisang Crispy (GPC) dan kami bergerak seiring dalam perniagaan. Selalunya dalam seminggu kami akan bekalkan pisang dalam 10 tan kepada GPC di Seremban.

“Saya baru membuka satu cawangan GPC dan dalam perancangan untuk membuka lima cawangan pada tahun ini,” jelas Hisyamudin.

Berjaya memperoleh hasil jualan sehingga RM100,000 pada bulan pertama berniaga, bekas pemain UiTM FC ini mengakui perniagaan perlukan sistem untuk berjaya.

“Majoriti peniaga goreng pisang perlukan pisang setiap hari dan perkhidmatan yang diberikan Sahabat Pisang ialah memastikan mereka mempunyai bekalan pisang setiap hari.

“Memang saya akui margin keuntungan berniaga pisang agak kecil namun kami memilih bermain dengan volume. Kami dapatkan pisang dari Medan, Indonesia kerana pisang di Malaysia agak mahal dan memberi tekanan kepada peniaga.

“Buat masa ini kami berupaya memenuhi keperluan pengguna dan pemborong. Setakat ini Sahabat Pisang berupaya membuat jualan sehingga RM100,000 sebulan. Kami bekerja dengan sistem sokongan dari Indonesia dan jualan setiap hari akan direkodkan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This