POLIS mengesahkan seorang pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan dengan seekor harimau belang di Kilometer 50.6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun itu dalam perjalanan dari Sungai Koyan, Raub ke Seremban.
Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, seekor harimau belang secara tiba-tiba telah melintas dari arah kanan ke kiri jalan.
“Pemandu kereta tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan lalu telah melanggar harimau belang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, akibat kejadian kereta yang dipandu mengalami pelbagai kerosakan di bahagian hadapan.
Zaiham berkata, harimau belang tersebut disahkan mati akibat dilanggar dan bangkai telah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

