POLIS memburu seorang lelaki yang bertindak mengumpil mesin tukar wang di dalam sebuah kedai dobi dekat Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru pada 3.36 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video tular tersebut di laman TikTok pada petang tadi.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada pengurus premis pada hari yang sama.
“Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shahrul Azwan Aziz di talian 016-9442795.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

