“Tak perlu fikir lama, itu common sense” -Maryam Younarae tolak & boikot jenama pro-Israel

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERSONALITI media sosial yang kini bergelar pelakon, Maryam Younarae mendedahkan telah membatalkan kontrak dengan sebuah jenama pro-Israel, baru-baru ini.

Maryam,31, memberitahu keputusan itu turut mendapat persetujuan suaminya, Ryzal Ibrahim sekaligus mereka memutuskan untuk tidak mengambil masa yang lama untuk memikirkan soal penolakan kerjasama terbabit.

“Apabila membabitkan isu boikot jenama Israel, tidak perlu untuk bincang lama. Kami memang akan boikot dan batalkan kontrak serta merta. 

“Kami juga sepakat untuk tidak sambung kontrak dengan jenama pro-Israel. Bila pihak pengurusan tanya, saya mahu sambung kontrak jenama itu atau tidak, saya jawab tak mahu.

“Perkara ini tidak perlu fikir lama pun, sebab ia adalah ‘common sense’. Saya dan Rizal memang sepakat mahu batalkan kontrak,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan dari Korea Selatan, L.SOULLE di sebuah pusat beli-belah, di sini, Sabtu lalu.

Tambah Maryam, dia juga akan memastikan untuk membuat semakan latar belakang sesebuah jenama yang ingin bekerjasama dengannya agar tiada sumbangan yang masuk kepada Israel.

“Sejak tahun lalu, apa sahaja kempen yang kami terima perlu semak dengan betul. Adakah jenama itu perlu diboikot atau berkait dengan Israel?

“Daripada situ, kami akan buat keputusan sama ada mahu ambil atau tidak. Tetapi kalau sudah tahu ada kaitan dengan Israel, memang kami akan tolak,” tegasnya.

Sementara itu, bercakap tentang hantaran bersama jenama pro-Israel yang masih dikongsikan dalam media sosial sebelum ini,katanya, ia adalah baki akhir kontrak yang perlu dilunaskan sebelum kerjasama mereka berakhir.

“Saya akui memang ada memuat naik hantaran dalam media sosial bersama jenama pro-Israel tapi kempen itu sudah dipersetujui tahun lalu dan sebelum kami membuat peraturan baharu itu.

“Ada juga penggambaran diadakan, tahun lalu tapi baru sekarang hantaran mengenainya harus dimuat naik. Kami perlu mengikut prosedur, jadi saya perlu selesaikan kerja-kerja itu dulu.

“Contohnya kalau penggambaran untuk program Hari Raya, kami akan mula jalani penggambaran dari tahun lepas lagi. Bukannya dah nak masuk musim raya baru nak mula kerja,” akhirinya.

Pada masa sama, Maryam bersyukur apabila dilantik menjadi duta bagi produk jenama dari Korea Selatan iaitu L.Soulle.

“Paling penting produk ini tidak ada kaitan dengan pro-Israel. 

“Selain itu, bahan-bahannya juga halal dan tidak ada kaitan dengan haiwan.

“Produk ini juga sangat mesra kanak-kanak. Kadangkala anak saya suka tiru apa yang saya lakukan ketika sedang bersolek.

“Bila anak guna barangan mekap produk ini, kita tak perlu risau sebab selamat untuk anak kecil,” kongsinya.

Untuk info, L.Soulle adalah jenama produk kecantikan penjagaan kulit yang bebas daripada bahan berasaskan haiwan dan ia berasal dari Korea Selatan.

L.Soulle dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea dan antara produknya terdiri daripada lima jenis iaitu Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.

Produk Mist Toner dan Sun Cushion telah dipilih sebagai produk terbaik di anugerah ‘New Product Awards 2023’ oleh aplikasi kecantikan nombor satu Korea, ‘Hwahae’ dan turut menerima anugerah.

L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.

Pada masa yang sama, turut memperoleh pensijilan daripada British Vegan Society dan telah mengembangkan pasaran ke pasaran Inggeris dan Amerika melalui platform e-dagang, Amazon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This