L.Soulle penuhi keperluan wanita Malaysia, dirumus khas untuk kulit cantik dan mulus. Yang penting Halal dan Vegan!

Dari Penulis

Produk penjagaan kulit Korea halal dan vegan pertama di Malaysia, L.Soulle dirumus khas bagi memenuhi keperluan kaum wanita khususnya dalam rutin penjagaan kulit.

Selebriti jelita, Fatin Afeefa yang diangkat sebagai duta produk turut menyatakan keterujaan atas kerjasama ini, malah menyifatkan L.Soulle cukup sesuai dengan kulit wanita di Malaysia.

“Apa yang boleh saya simpulkan, L.Soulle dirumus khas untuk kulit wanita di Malaysia dan sesuai dengan cuaca panas dan lembab.

“Kadang kala ada produk kecantikan yang ketika dibeli di luar negara hanya sesuai untuk dipakai di sana sahaja, namun apabila menggunakannya di sini, kulit jadi berminyak dan ‘breakout’. Namun tidak dengan L.Soulle.

“Dan faktor utama mengapa saya bersetuju ialah mereka mengutamakan halal dalam proses pembuatan, sesuatu yang sangat penting apabila menggunakan produk luar negara,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, jelas Fatin dia mengambil masa enam bulan sebelum bersetuju untuk mewakili produk tersebut.

“Bukan mudah untuk bersetuju lebih-lebih lagi apabila melibatkan wajah. Jadi saya akan mencubanya terlebih dahulu dan hanya selepas enam bulan saya terima tawaran mereka.

“L.Soulle sangat lembut dan gentle untuk kulit saya,” kongsinya lagi.

Lebih menarik, L.Soulle secara rasminya turut menerima pensijilan Halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah. Pada masa yang sama, turut memperoleh pensijilan daripada British Vegan Society dan telah mengembangkan pasaran ke pasaran Inggeris dan Amerika melalui platform E-dagang, Amazon.

L.Soulle turut bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan. Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea.

Terdahulu, Lady K Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan kedai “Pop-Up” dan akan berlangsung dari 16 Mei 2024 hingga 19 Mei 2024 di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This