Juara All Together Now Malaysia 2, Kroll pertaruhkan Lentera Cinta

Dari Penulis

KROLL bukanlah nama yang asing dalam industri seni suara. Suatu ketika dahulu pemilik nama Khairul Nizam ini pernah tercalon sebagai salah satu daripada lima finalis teratas untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) pada 2014.

Kroll juga seorang penyanyi jalanan (busker) dan artis kebudayaan yang masih aktif mempromosikan bakatnya di depan umum. 

Berkat kehebatan suaranya, Kroll telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti All Together Now Malaysia Musim kedua pada tahun lalu.

Terkini, Kroll muncul dengan sebuah karya baharu berjudul Lentera Cinta untuk para pengikut dunia muzik dan peminat suaranya.

Lentera Cinta merupakan sebuah lagu ciptaan komposer ternama Sheikh Qalam bersama Saladin, dengan lirik nukilan Sheikh Qalam sendiri yang juga bertindak sebagai penerbit lagu.

“Lagu ini mengisahkan cinta jarak jauh dan perasaan seseorang yang menunggu kekasihnya kembali ke sisi. Untuk menyiapkan karya ini, proses rakaman vokal berlangsung selama satu hari. 

“Ini diikuti dengan proses memasukkan rakaman mainan alat muzik bertali atau ‘string’ yang memakan waktu sekitar seminggu,” katanya.

Saat ditanya tentang perkembangan terbaharunya, Kroll menyatakan yang dia masih bergerak bersama kumpulannya. 

“Saya masih lagi dengan kumpulan kugiran Persis cuma kebetulan selepas saya menjadi juara rancangan All Together Now Malaysia musim kedua , saya ingin cuba mengambil peluang ini untuk bergerak solo dan harap single solo pertama saya bakal diterima dan mendapat perhatian semua,” akhiri Kroll tentang karyanya itu.

Berbekalkan susunan muzik dan melodi yang mantap serta suaranya yang memukau, Lentera Cinta berpotensi mencuri perhatian peminat muzik Malaysia. Lentera Cinta boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This