Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mentakrifkan Osteoporosis sebagai kepadatan mineral tulang (BMD) pada kadar 2.5 atau lebih, bawah purata puncak am tulang biasa orang dewaa yang sihat, diukur menggunakan Dualenergy X-ray Absorptiometry (DXA atau DEXA).
Osteopenia dianggap pelopor osteoorosis di mana kepadatan mineral tulang bawah paras biasa, dengan T-skorantara -1.0 dan – 2.5. Tidak semua wanita yang didiagnosis osteopenia akan mendapat osteoporosis. Hari ini, semasa pemeriksaan kesihatan, dotor akan menaksir faktor-faktor risiko pesakit untuk mendapat keretakan tulang, bukan berasaskan bacaan BMD Sahaja.
Amalan Kuatkan Tulang
1, Khasiat Vitamin D – Vitamin D yang mencukupi adalah keperluan utama untuk tulang sihat, otot-otot kuat serta mengelak jatuh dan keretakan tulang. Vitamin D menyerlahkan kebaikan gaya hidup aktif serta diet kaya kalsium dan protin.

2, Sumber Vitamin D – Sinaran matahari. Begitu pun, penghasilan vitamin D dalam kulit menurun dengan usia, mendedahkan warga emas kepada risiko osteoporosis. Sumber lain ialah ikan berlemak seperti ikan salmon, sardin, sayuran hijau dan susu.
3. Kalsium – Diet yang kaya dengan kalsium dan protin bersama Vitmain D penting untuk memulih kesihatan tulang dan otot-otot pada semua peringkat usia. Gabungan aktiviti fizikal dengan khasiat khasiat berkenaan dianggap mampu mengelak osteoporosis.

4. Sumber Kalsium – termasuk makanan tenusu seperti susu, keju, yogurt, ikan dan kekacang.
5. Protin – Dianggap blok pembinaan kekuatan tulang dan otot-otot terutama pengambilan usia remaja dan seterusnya pengekalan kepadatan tulang dalam sepanjang hayat.
6. Sumber Protin – Protin haiwan dan tumbuh-tumbuhan termasuk daging, ikan dan ayam-itik, produk-produk tenusu, kekacang, telor dan tofu.

7. Senaman – Kajian menunjukkan senaman arobik dan angkat berat tahap sederhana sehingga tinggi termasuk lompat tali meningkat kan BMD dari 1 hingga 4 peratus setahun pada wanita pra dan pasca menopos.
Berjalan mungkin tidak mengurangkan risiko keretakan tetapi satu kajian mencatitkan berjalan pantas boleh menurunkan risiko keretakan tulang pinggul (lebih 4 jam seminggu mungkin mengurangkan keretakan pinggul 41 peratus).

