Pempengaruh mohon maaf baca ayat al-Quran di Batu Caves

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pempengaruh warga asing yang mencipta kontroversi selepas membaca ayat al-Quran di Batu Caves membuat permohonan maaf secara terbuka dengan tindakan dilakukannya itu.

Dalam video di akaun TikTok miliknya, pempengaruh yang dikenali sebagai Abdellatif Ouisa itu menjelaskan dia pada mulanya menganggap Batu Caves hanya sebagai tempat bersejarah.

Pada masa sama, Abdellatif berkata, dia tidak menyedari bahawa kandungan yang dimuat naik dengan membaca ayat al-Quran di Batu Caves itu menyinggung perasaan rakyat Malaysia terutama penganut agama Hindu.

Dia menjelaskan, kandungan membaca ayat al-Quran memang selalu dilakukannya di semua tempat dan negara yang dilawati.

“Saya fikir ia hanya tempat bersejarah di mana pelancong boleh membuat kandungan media sosial di situ, jadi itu yang saya lakukan.

“Saya tak fikir ia akan menyinggung perasaan orang lain terutama penganut agama Hindu dan saya mohon maaf sekiranya ada menyinggung sesiapa.

“Bukan niat saya untuk menyinggung sesiapa, untuk memusnahkan apa-apa atau membuat orang terasa dengan membaca al-Quran.

“Itu kandungan (media sosial) saya dan saya melakukannya di setiap tempat dan semua negara yang saya lawati,” katanya dalam video tersebut.

Baca artikel lain: Menteri Agama bidas individu baca ayat al-Quran di kuil hindu

Mengulas lanjut, Abdellatif turut menjelaskan tidak mengetahui bahawa patung Dewa Murugan semasa dia membuat video membaca ayat al-Quran itu merupakan dewa bagi agama Hindu.

Sebagai seorang yang beragama Islam, dia menjelaskan hanya mahu menyebar kasih sayang tetapi sebaliknya berlaku apabila menerima banyak mesej yang bernada kebencian.

“Saya rasa teruk sebab menerima banyak mesej bernada kebencian dan mengugut saya,” katanya.

Menurut laporan dalam talian, Abdellatif adalah seorang pempengaruh dakwah dari Maghribi dan tinggal di Jerman.

Dia juga mengendalikan Abdeen Institute – sebuah akademi yang mejadi mediumnya menjual kursus dan buku elektronik berkenaan Islam dan Bahasa Arab.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar membidas tindakan seorang indviidu yang membaca ayat suci al-Quran di hadapan sebuah kuil di Batu Caves, baru-baru ini.

Tegas Mohd Na’im, tindakan membaca ayat al-Quran di hadapan kuil itu adalah tidak sentitif.

Malah, beliau berkata, tindakan itu juga boleh mengundang kemarahan dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This