SERAMAI 32 orang belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah dipilih untuk menjalani latihan peningkatan kemahiran kenderaan elektrik (EV) peringkat tinggi di Beijing, China.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Mohammad Rizan Hassan dalam kenyataan memaklumkan, penghantaran 32 belia untuk menjalani latihan di China itu sejajar dengan perkembangan global peralihan EV yg bakal menyaksikan pasaran dan industri itu berkembangan pesat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Menurut Mohammad Rizan, 32 belia itu dihantar di bawah inisiatif Malaysia-China Advanced TVET Mobility Program Automotive Engineering.
Jelasnya, program itu adalah usahasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), BELIA MAHIR dan TANG International Education China.
“Kesemua belia yang terpilih adalah pelajar bidang kejuruteraan automotif dari UMPSA; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Gemilang Motor Academy (GMA).
“Mereka akan menjalani latihan selama dua minggu sehingga 5 Jun depan di BEIFANG Auto R&D Center di Beijing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: MARA, KPM akan bekerjasama perkasakan TVET – Asyraf
Mengulas lanjut, Mohammad Rizan memberitahu, BEIFANG merupakan rakan strategik industri kepada Institut Malaysia-China (MCI) yang dilawati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena lawatan rasminya ke China hingga 1 Jun nanti.
Beliau berkata, penghantaran bakat kemahiran TVET ke China itu amat relevan memandangkan Malaysia ketika ini berada di landasan tepat untuk menjadi kuasa EV di Asia Tenggara.
Katanya, ia dapat dibuktikan dengan kerajaan secara agresif menggalakkan ekosistem EV yang kondusif disokong komitmen perniagaan yang kukuh.
“Kita juga akan menyaksikan industri menerima guna kemahiran dan infrastruktur baharu yang sesuai untuk pelbagai peringkat elektrifikasi daripada hibrid sederhana kepada kenderaan elektrik sepenuhnya selain memberi kemahiran tambahan dan baharu di luar kemahiran sedia ada yang dimiliki tenaga kerja automotif.
“Di sampung itu ia juga membuka peluang baharu untuk inovasi, R&D dan pembuatan komponen bernilai tinggi.
“Justeru, latihan bersifat mobiliti antarabangsa bakat TVET tempatan ke China akan membantu mengisi keperluan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri pembuatan dan perkhidmatan bidang berkenaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

