2 duda keldai dadah ditahan, syabu bernilai RM1.2 juta dirampas

Dari Penulis

DUA duda ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran syabu di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA dan polis bantuan telah menahan seorang lelaki tempatan di terminal KLIA 2.

Beliau berkata, turut dirampas dua buah bagasi berisi 37 bungkusan plastik disyaki syabu dengan berat 38,850 gram.

“Susulan tangkapan ini, seorang lagi lelaki tempatan ditahan di sebuah hotel di sekitar KLIA yang disyaki terlibat dalam kes yang sama.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek berusia 34 dan 36 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik serta penganggur,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai tiga rekod jenayah.

Saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif methamphetamine.

“Nilai rampasan berjumlah RM1,243,200 dan dipercayai untuk pasaran Sarawak,” ujarnya.

Hussein berkata, tindakan telah diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1988 dimana polis menyita wang tunai berjumlah RM600.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, syabu terbabit dipercayai boleh dibekalkan kepada 77,700 orang pengguna.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan dadah diminta menyalurkan kepada pihak polis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This