SKUAD Harimau Malaya yang bermain tanpa tujuh pemain utama kerana mengalami masalah kecederaan berjaya mengikat Kyrgyzstan 1-1 dalam perlawanan kedua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek hari ini.
Walaupun agar sukar, skuad Kim Pan Gon masih mempunyai harapan untuk mara ke peringkat seterusnya sekiranya berjaya mendapatkan kemenangan dengan jumlah jaringan besar dalam perlawanan terakhir dengan Chinese Taipei Selasa depan, selain mengharapkan Oman mengatasi Kyrgyzstan.
Dalam perlawanan ini, Malaysia yang melakukan perubahan besar seperti meletakkan Dion Cools di barisan hadapan dan menampilkan dua pemain muda seperti Safwan Mazlan dan Nooa Laine yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.
Walaupun menguasai permainan pada separuh pertama tetapi pasukan Kyrgyzstan yang berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-24 menerusi ledakan Gulzhigit Alykulov selepas mendapat lorongan daripada Joel Kojo yang mudah menewaskan barisan pertahanan negara.
Selepas jaringan tersebut terhasil, Malaysia dilihat kurang mendominasi permainan apabila Kyrgyzstan pula yang sering mengatur serangan.
Sebelum aksi di babak pertama tamat, Malaysia berjaya mendapat jaringan penyamaan menerusi jaringan sendiri oleh pemain tengah Kyrgyzstan pada minit ke-38. Sepakan percuma yang diambil Endrick telah memaksa Odilzhon membuat kesilapan apabila beliau menanduk bola masuk ke gawang sendiri ketika dicabar oleh Dion Cools.
Permainan yang disambung di separuh masa kedua menyaksikan Kyrgyzstan yang melakukan beberapa pertukaran mula meningkatkan rentak permainan dengan melakukan serangan demi serangan bagi mencari gol kemenangan yang memaksa pemain negara terpaksa bertahan.
Malaysia hanya memasukkan pemain gantian di barisan serangan seperti Safawi Rashid, Haqimi Azim dan Adib Raop pada akhir-akhir minit permainan yang tidak dapat merubah apa-apa keputusan walaupun secara keseluruhan pemain skuad Harimau Malaya bermain lebih baik daripada pasukan lawan.
Oman yang menewaskan pasukan tercorot, Taiwan 3-0 malam ini menghuni tangga teratas dengan 12 mata dan sudah mengesahkan tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak ke Piala Asia 2027.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

