Pameran kumpulan K-pop termasuk BTS, The Daydream Believers di Malaysia, flashmob di sepanjang Bukit Bintang!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PAMERAN yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung tidak lama lagi di Malaysia. 

Pameran anjuran Yes Travel & Holidays dan Sat Entertainment tersebut akan diadakan dari 1 Julai hingga 1 September, jam 10 pagi hingga 10 malam di Lalaport BBCC, Bukit Bintang , Kuala Lumpur. 

Menyusuli Seoul, Jepun, dan lokasi penganjuran terakhirnya di Taipei sebelum ini, pameran berkenaan bakal menampilkan potret 54 artis daripada tujuh kumpulan tersebut diiringi dengan kisah perjalanan dalam merealisasikan impian mereka sebagai kumpulan K-pop kontemporari yang terkemuka dunia.

Para peminat berpeluang untuk mendalami dengan lebih dekat kisah di sebalik kejayaan kumpulan muzik ternama tujuh kumpulan fenomena tersebut.

Pameran ini turut menawarkan pengalaman yang menyeluruh kepada peminat dengan mempersembahkan gambar-gambar artistik, pakaian asal yang dipakai oleh artis, dan kisah-kisah mereka kejayaan masing-masing.

[HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침내 di Malaysia

Selain itu, ruang pameran akan menampilkan zon foto yang luas untuk merakamkan detik-detik yang tidak dapat di lupakan dalam gambar dan juga jualan barangan eksklusif yang pastinya akan memberi kejutan untuk peminat K-pop Malaysia.

Selain diskaun pembelian tiket awal (RM88), para peminat juga boleh menyertai “The Daydream Believers Party”, sebuah konsert muzik kecil yang dianjurkan oleh Notes by YGM.

Tambahan lagi, persembahan tarian “The Daydream Believers K-Pop Dance Flash Mob” akan diadakan di sepanjang jalan Bukit Bintang.

Penganjur juga memperkenalkan pakej “Lawatan Kuala Lumpur The Daydream Believers” yang membolehkan para peminat membeli tiket bas istimewa untuk lawatan di sekitar Kuala Lumpur. 

Para penumpang bas tersebut boleh melawati mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dan setelah menyelesaikan tugas-tugas lawatan yang diberikan akan menerima hadiah misteri yang eksklusif.

 Harga tiket adalah RM138, dengan diskaun pembelian awal sebanyak RM88 untuk pembelian yang dibuat sebelum 1 Julai. 

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pembelian tiket, sila layari laman web rasmi tiket di www.ticket2u.com.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This