TV AlHijrah rangkul 2 pengiktirafan atas pencapaian digital

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

STESEN TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 –Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini merupakan permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus.

“Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan.

“Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital. 

“Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022.

“Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada penonton TV AlHijrah,” katanya.

Tambah Nadzariah, majlis anugerah itu dihadiri oleh pelbagai tokoh industri, pemimpin korporat serta para profesional yang cemerlang dalam bidang masing-masing. 

“The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding Award adalah satu pengiktirafan yang diidamkan oleh banyak organisasi.

“Kerana ia menilai dan menghargai jenama-jenama yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai kategori,” ujarnya.

Pada masa sama, aplikasi AlHijrah Plus juga berjaya merangkul anugerah berprestij dari Singapura di majlis Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 bagi kategori projek Terrestrial OTT Platform (Malaysia) pada 30 Mei lalu.

Anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan organisasi antarabangsa dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi. 

Antara panel juri anugerah ini adalah Kiran Karunakaran, Wilson Chow dan Pattaraphan Paiboon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This