Adriana Adnan berhasrat nak undang Khairy Jamaludin jadi tetamu Ruang Terbuka

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGACARA dan pelakon Adriana Adnan ingin menjemput bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin atau KJ sebagai tetamu undangan menerusi podcast kendaliannya, Ruang Terbuka.

Ujar Adriana, dia sudah lama ingin bertanyakan beberapa soalan kepada ahli politik itu selepas bertukar ‘angin’ ke bidang hiburan.

“Musim pertama  Ruang Terbuka sudah selesai dirakamkan. Untuk musim kedua, saya nak undang KJ sebagai tetamu.

“Saya dah lama teringin nak berborak dan nak bertanyakan soalan tentang transisi daripada bergelar seorang ahli politik kini beralih profesion sebagai selebriti dan pempengaruh.

“Saya nak tanya dengan KJ nanti, antara ahli politik dan selebriti, yang mana satu lebih menyeronokkan,” katanya kepada URTV.

Adriana berkata demikian ketika ditemui pada majlis perkenalan Ruang Terbuka di Damansara, Selangor, baru-baru ini

Ruang Terbuka merupakan podcast kendalian dan terbitan Adriana dengan kerjasama FYP Entertainment yang mula bersiaran Mac lalu di Youtube.

Sementara itu, Adriana turut terbuka sekiranya ada mana-mana saluran podcast yang ingin bekerjasama dengannya.

“Saya tahu KJ ada podcast kendaliannya bersama Shahril Hamdan iaitu Keluar Sekejap. Mana tahu, jika ada yang berminat nak berkongsi dalam satu podcaster untuk projek khas. Kenapa tidakkan?

“Kisah politik dengan gabungan dunia hiburan, saya rasa agak menarik untuk diperdengarkan oleh semua orang,” ungkapnya.

Ruang Terbuka ditayangkan di Youtube Adriana Adnan setiap Rabu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This