Simpan resit belian diesel jika belum dapat kad fleet – Anthony Loke

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PEMOHON bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif Budi Madani yang masih belum mendapat kad fleet boleh menyimpan resit belian diesel untuk tuntutan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu mekanisme untuk tuntutan semula subsidi secara tunai juga akan diumumkan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Mungkin dari segi permohonannya agak lambat, jadi mereka tidak dapat kad fleet sebelum pengumuman ini. 

“Tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyatakan bahawa mereka tidak terjejas kalau belum dapat kad fleet.

“Mereka simpan resit, jadi resit yang mereka simpan itu , mereka boleh dapat cash rebate balik. Akan ada mekanisme untuk kita refund subsidi itu kepada pengusaha-pengusaha tersebut.” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas saksi pemeteraian dua memorandum persefahaman oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

MRL menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), untuk menggunakan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mengangkut kereta dan alat ganti Perodua di Serendah ke Pantai Timur bermual 2028.

Perodua juga akan menggunakan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port) untuk menghantar kereta ke Sabah dan Sarawak.

Ke arah itu, MRL turut memeterai MoU bersama Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port), menandakan potensi kerjasama jangka panjang untuk perkhidmatan pengangkutan barang menerusi ECRL yang akan bermula menjelang Januari 2028.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This