Budak 5 tahun maut didera, polis tahan ibu bapa angkat

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri ditahan selepas anak angkat mereka berusia lima tahun maut ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian berkenaan daripada pegawai perubatan pada pukul 9.45 pagi.

Beliau berkata, pengadu melaporkan telah menerima seorang mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang dibawa dari Taman Malkop, Silibin, Ipoh untuk bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Menurut Abang Zainal Abidin, mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, bertindak atas maklumat, beliau memaklumkan, pihaknya telah pergi ke lokasi kejadian iaitu sebuah rumah di Jalan Kledang, Taman Malkop, Silibin bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan dan disyaki dipukul dengan menggunakan objek tumpul.

“Hasil bedah siasat pada pukul 3.30 petang mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan daya tumpul.

“Malah terdapat juga kesan luka koyak dan lebam pada salur peranakan vagina dan dubur,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Abang Zainal Abidin memaklumkan, pihak polis telah menahan ibu bapa angkat mangsa iaitu seorang wanita berusia 27 tahun dan suaminya berusia 66 tahun untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This