Tidak puas hati kunci pintu ditukar, lelaki ditahan lepas ugut bunuh ejen rumah

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas membuat ugutan bunuh terhadap ejen rumah di sebuah kondominium dekat Ampang Ukay, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, pihak pengurusan kondominium telah menghubungi ejen rumah menyatakan suspek telah datang dan ingin masuk ke dalam kediamannya.

Beliau berkata, pengadu yang menguruskan rumah tersebut telah ditanya oleh suspek mengapa menukar kunci pintu rumah itu.

“Pengadu telah memberitahu bahawa tuan rumah tidak menukar kunci pintu dan tidak mengetahui mengapa kunci rumah tersebut ditukar.

“Pengadu telah meminta suspek mencuba sekali lagi namun pintu masih tidak boleh dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, suspek telah menuduh pengadu mengunci rumah tersebut dan mula bertindak agresif.

Jelasnya, suspek telah mengacah untuk menampar, mengugut untuk memukul dan membunuh pengadu.

Mohd Azam berkata, pengadu kemudian telah beredar dari lokasi bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun telah ditahan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya pada pukul 2 pagi tadi.

“Ujian awal air kencing negatif dadah dan semakan mendapati terdapat satu rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Mohd Azam berkata, motif ugutan disebabkab suspek tidak puas hati kerana kunci pintu rumah telah ditukar dan tidak dapat masuk ke dalam rumah.

Suspek direman selama empat hari sehingga Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This