Diduga dengan kontroversi buatkan Ammar Titan sedar apa makna sebenar rakan sejati

Dari Penulis

PELAWAK, Ammar Titan kini berdepan detik sukar dalam hidupnya apabila mengakui bahawa dirinya mulai dijauhi oleh rakan-rakan semenjak terpalit dengan kontroversi dulu.

“Kalau tengok dari segi ‘hubungan antara manusia’, orang akan ada dengan kita bila ada kepentingan untuk orang itu.

“Tapi waktu itu juga Allah akan buang orang yang tidak sepatutnya berada dalam kehidupan kita, bila Allah berkehendak untuk terjadi,” katanya kepada URTV.

Pelakon ini turut menceritakan pengalaman peribadinya di mana rakan-rakannya yang dahulu sering mengajaknya bermain badminton kini semuanya sudah menjauhkan drii.

“Meninggalkan saya, memulaukan saya, yang tidak peduli dengan saya. Contohnya dulu situasi nak bermain badminton, Ammar jom main badminton, okay jom saya bawa.

“Bila kita dah minta tolong, ‘sorry ammar’, tapi tak apa, kawan tetap kawan,” ujarnya.

Ammar juga menyentuh tentang rakan-rakannya dalam industri hiburan serta rakan-rakan dari zaman sekolah yang seolah-olah menjauhkan diri.

“Ada rakan industri, rakan bukan industri ke, rakan sekolah ke, ada sahaja tapi tak apa lah, tak kisah pun,” tambahnya lagi

Walaupun menghadapi situasi yang mencabar ini, Ammar menegaskan bahawa dia tidak merasa kecewa tetapi sebaliknya menjadi lebih peka dan matang.

“Saya tidak menjadi manusia yang berhati-hati tapi saya menjadi seorang yang lebih peka, matang dan tidak semestinya kita boleh percaya kepada orang industri, sebab akhirnya saya rasa kita kena jaga diri kita sendiri,” jelasnya lagi.

Ammar adalah salah seorang pelakon dalam sebuah filem seram komedi Siapa Buka Lampu? arahan Reka Wijaya dan mula ditayangkan sejak semalam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This