Decathlon buka cawangan ke 19 di 1 Utama

Dari Penulis

Bagi penggemar sukan, aktiviti lasak dan perkhemahan yang tinggal berdekatan Bandar Utama, ini berita baik untuk anda apabila Decathlon Malaysia telah membuka cawangan baru di pusat beli belah 1 Utama.

Bertempat di tingkat 1 New Wings, ia merupakan cawangan ke 19 Decathlon dengan keluasan melebihi 1,800 meter persegi, dengan lebih 5,000 produk jualan yang merangkumi 60 jenis sukan.

Perasmian cawangan ke 19 Decathlon di pusat beli belah 1 Utama.

Ia turut mempamerkan identiti baru Decathlon yang telah diperkenalkan sejak awal tahun 2024, menampilkan logo baru yang dikenali sebagai Orbit dengan warna biru yang lebih menonjol.

Bukan itu saja, pembeli juga boleh meneroka reka bentuk produk Eco Decathlon yang lebih prihatin terhadap kesan alam sekitar. Ia antara kesungguhan Decathlon dalam keupayaan inovatifnya ketika membangunkan produk supaya tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini termasuk mengambil kira soal bahan yang digunakan dan proses pembuatannya.

Cawangan terbaru peruncit sukan Perancis ini telah dilancarkan semalam. Bersempena dengan pembukaannya, pelbagai aktiviti dijalankan. Malah, 250 orang pembeli terawal juga layak menerima voucher istimewa.

Juga, bersempena pembukaan cawangan terbaru ini, Decathlon dan Super Tuesday yang turut disokong HeyJom akan menganjurkan larian ‘Decathlon 1 Utama 5KM Fun Run’ bertempat di Bandar Utama pada 21 Julai ini. Informasi lanjut boleh anda dapati dari laman web heyjom.com

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang melawat Decathlon 1 Utama. Mudah diakses, banyak aktiviti dan kalau anda bertuah, mungkin anda akan memenangi hadiah yang ditawarkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This