Komposer Jesnita & Langkah Seiringan, Harun Ahmad meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KOMPOSER lagu kumpulan Exists seperti Jestina dan Langkah Seiringan iaitu Harun Ahmad dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Skudai, Johor Bahru sekitar pukul 5 petang hari ini.

Berita duka itu disahkan oleh anak saudara arwah iaitu Halim Ibrahim.

“Saya menerima kiriman mesej kumpulan WhatApps keluarga dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

“Arwah baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-55 tahun.

“Jenazah sekarang ini sudah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca arwah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi URTV sebentar tadi.

Tambah Halim lagi, arwah kelihatan sedikit kepenatan ketika diraikan dalam majlis sambutan hari lahirnya semalam.

“Saya tidak berada bersama keluarga untuk menyambut ulang tahun arwah semalam.

“Tapi kami sempatlah membuat panggilan video dan saya lihat arwah kelihatan sedikit kepenatan,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Masnizah Mohyi, 50; dan tiga anak iaitu Fatin Nurhaziqah, 26; Fatin Nurhidayah, 23; dan Muhamad Farish Hakimi, 20.

Sepanjang karier seninya, arwah banyak mencipta lagu-lagu malar segar dan masih diputarkan sehingga kini.

Antaranya Janji Padamu (Exists), Hadirlah Mustika (Spin), Bicara Kasih (Elly Mazlein), Satu Kenangan (Kristal), Lafaz Cinta (Khai) dan Alya Mysara (Mamat).

Biarpun dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan, namun bakat arwah dianggap magis dan berjaya melonjakkan nama-nama besar dalam industri muzik.

Dalam pada itu, menerusi pemerhatian URTV di Facebook rasmi Exists, kumpulan tersebut turut menzahirkan berita sedih yang mengenai pemergian arwah.

“Telah kembali ke Rahmatullah abang Harun Bin Ahmad pencipta lagu Langkah Seiringan, Janji Padamu dan Jesnita petang tadi di Taman Teratai Skudai ,Johor Bahru.

“Esok jasadnya akan dikebumikan di kampung halamannya Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. 

“Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This