YBR bantu 250 keluarga mangsa banjir di Penampang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) mengambil inisiatif untuk memberi bantuan tunai RM100,000 kepada kira-kira 250 keluarga dan lima buah sekolah yang terkesan akibat banjir di sekitar Penampang.

YBR dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setiap keluarga mangsa banjir akan menerima RM200 manakala sekolah yang terkesan akan menerima RM10,000.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, beliau berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di situ.

“Usaha murni ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka yang terkesan dalam meringankan urusan kewangan keluarga serta pihak sekolah dalam meneruskan sesi persekolahan yang bakal memasuki penggal kedua.

“Bantuan khas ini diberikan kepada setiap keluarga serta sekolah yang telah dikenalpasti terjejas di dalam musibah banjir melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.174 Penampang bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menyantuni mereka yang terkesan dan diharapkan peruntukan yang disalurkan dapat digunakan sebagai bantuan pasca banjir bagi meneruskan kehidupan harian seperti biasa,” katanya.

Majlis penyerahan bantuan RM100,000 kepada mangsa banjir dan sekolah yang terjejas telah disempurnakan oleh Ewon di Dewan Huguan Siou Tuavon Penampang.

Turut hadir ialah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Francis Chong; Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Ag Mohd Kadir Ag Kanak; Supardi Jumat dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Philip berkata, bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka yang terkesan dan membantu ketua keluarga yang terjejas.

Katanya, YBR akan mengusahakan lebih banyak bantuan lagi bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

“Pihak kami amat prihatin serta cakna dengan bebanan kewangan yang dialami terutamanya mereka dikalangan B40 disebabkan oleh bencana ini. 

“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka dalam menyediakan keperluan asas seharian serta pihak sekolah dapat membaiki peralatan sekolah yang rosak akibat banjir” katanya.

Antara agensi lain yang turut sama hadir bagi memberikan bantuan adalah Bank Rakyat, SME Bank, CO-OP Bank Pertama, TEKUN Nasional, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), ANGKASA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan TARC tidak benar

DAKWAAN kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC disifatkan tidak benar. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan...

More Articles Like This