RAJA pop terkenal Datuk Jamal Abdillah gembira apabila anaknya yang juga penyanyi Zaki Yamani mendapat tawaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Sebagai seorang bapa, tiada apa yang diharapkan selain mendoakan agar anak keduanya itu mengapai cita-cita yang selama ini diinginkan dalam bidang muzik.
“Saya diberitahu Zaki sudah menjalani temuduga di UiTM dalam jurusan muzik dan buat masa ini sedang menunggu keputusan.
“Syukurlah sekurangnya dia berjaya mendapat tawaran di salah satu universiti yang diinginkan,” katanya kepada URTV.
Penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Kumpulan Cherry On Top berjudul Ketagih, di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.
Sementara itu, Jamal turut mengulas lanjut mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kini masih dirahsiakan Zaki.
Akuinya, dia agak kehairanan dengan tindakan Zaki yang masih mendiamkan diri biarpun ditanya mengenai soalan sama.
“Saya ada hantar WhatsApp tapi dia mendiamkan diri. Malah, saya juga ada minta abangnya iaitu Osama Yamani untuk berhubung dengan adiknya tapi jawapannya masih sama tetap tak beritahu keputusan SPM,” ujarnya.
Menurut Jamal, dia tidak mengharapkan anaknya itu mendapat keputusan cemerlang memandangkan ketika itu Zaki hanya belajar secara atas talian disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara hingga membataskan calon SPM ketika itu pergi ke sekolah.
“Saya faham sebab dia tak pergi sekolah. Hanya belajar dalam talian saja sebab ketika itu Perintah Kawlan Pergerakan disebabkan Covid-19.
“Nak lulus cemerlang tu mungkin agak sukar tapi saya terbuka jika betullah keputusan SPM dia tak memuaskan, Zaki masih boleh belajar lagi.
“Malah, dia pun dapat tawaran di UiTM, maknanya keputusan SPM dia taklah terlalu teruk,” jelas

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

