Bella Astillah perlu masa untuk benarkan anak-anak bertemu dengan keluarga Aliff Aziz – “Pihak sana tahu, saya tak boleh ungkap lebih lanjut…,”

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia melarang anak-anaknya bertemu dengan keluarga bekas suami, Aliff Aziz.

Bella atau Dayang Ara Nabeela Awang Astillah,30, sebaliknya berkata, dia masih memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Pada masa sama, Bella akui menyekat sebarang komunikasi dua anaknya iaitu Ayden dan Adreanna bersama keluarga bekas mentua di Singapura.

“Benda ini ambil masa, ada beberapa faktor yang saya tak boleh kongsikan ketika ini. Saya faham, rata-rata netizen juga dah penat nak dengar kisah kami.

“Jadi saya ambil sebagai iktibar. Cuma untuk sekarang ini, kita nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing. la tak semudah ABC, banyak benda yang kita nak kena perhalusi terutama keluarga saya.

“Apa yang ibu dan ayah saya rasa, sebenarnya pihak sana tahu dan saya tak boleh nak ungkapkan lebih lanjut. Benda ini makan masa, tapi Insya-Allah.

“‘Slowly but surely’, cuma bukan waktu sekarang. Mungkin akan ambil lebih lama sikit untuk saya hadam apa-apa yang berlaku,” katanya memetik laporan Oh!Bulan.

Tegas Bella, ada sebab mengapa dia bertindak demikian buat sementara waktu selain perlu menitik beratkan perasaan dan kesihatan mental anak-anaknya.

“Tunggu waktu yang sesuai, saya tak nak Ayden jadi keliru. Saya minta maaf sangat, mungkin ada yang fikir saya larang tetapi tidak, saya cuma tak nak pemikiran Ayden jadi keliru.

“Saya boleh kongsikan sedikit lah, pernah masa hari raya hari itu, ada satu panggilan video bersama pihak sana, tapi bila pihak sana keluarkan kata-kata macam, ‘Eh kesiannya Ayden, tengok muka dia nampak stres dan risau. Mesti dia risaukan daddy dia’.

“Sebenarnya tak pun, ayat-ayat itu yang membuatkan anak kita keliru. Semenjak kejadian video call itu, saya fikir lepas ini kena tapis la, tak boleh,” ujarnya.

Terdahulu, bekas ibu mentua Bella iaitu Siti Hafiza memuat naik gambar cucunya, Adreanna sambil menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran.

Menerusi hantaran sama di Instagram, Hafiza turut meluahkan rasa rindu terhadap kedua cucunya selepas sudah sekian lama tidak berjumpa dengan mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Walau bagaimanapun, kontroversi rumah tangga mereka mula tercetus apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Aliff dan Bella kemudiannya sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

SUMBER: OH!BULAN


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This