Kenderaan rosak, hanyut akibat kepala air di Langkawi

Dari Penulis

Beberapa kenderaan mengalami kerosakan termasuk sebuah daripadanya dihanyutkan ke dalam sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata hujan lebat berterusan dan angin kuat menyebabkan berlakunya kepala air sehingga melimpah ke kawasan letak kereta Cable Car Langkawi.

“Kejadian kepala air itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diparkir rosak dan sebuah daripadanya dihanyutkan dan ditemukan di Sungai Perangin.

“Selain itu, beberapa kios, kedai baju, kafe dan tempat makan di kawasan berkenaan turut terjejas. Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut membuat kawalan di laluan masuk kawasan berkenaan bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan itu. 

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata hujan lebat berterusan dari semalam turut mengakibatkan limpahan air ke kawasan parkir B Oriental Village Panorama Langkawi Sdn Bhd pada 12.50 tengah hari.

“Hujan berhenti pada 2 petang dan air surut sepenuhnya pada 2.40 petang. Beberapa kenderaan, kedai dan kios di kawasan berhampiran mengalami kerosakan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This