Justin & Hailey dapat anak lelaki, pilih nama Jack Blues Bieber

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Justin Bieber berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Hailey selamat melahirkan cahaya mata lelaki, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Justin,  memaklumkan bayi sulungnya itu diberi nama Jack Blues Bieber.

“Selamat pulang ke rumah. Jack Blues Bieber,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 30 tahun itu memilih untuk tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kelahiran terbabit.

Pada hantaran sama, Justin memuat naik foto tapak kaki anaknya tanpa mendedahkan wajah.

Pada 9 Mei lalu, Justin dan Hailey berkongsi berita kehamilan mereka di Instagram dengan video berinspirasikan filem bersama pembaharuan ikrar perkahwinan mereka.

Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This