PELAKON Remy Ishak kini bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.
Remy atau anak sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak,42 meluahkan rasa syukur atas penganugerahan yang dikurniakan kepadanya sepanjang hampir 20 tahun bergelar anak seni.
“Alhamdulillah syukur untuk rezeki yang diberikan kepada saya.
“Ia juga antara faktor untuk saya berusaha lebih gigih dan bekerja keras lagi dalam dunia lakonan.
“Terima kasih kepada Tuan Yang Utama Tun Mohd. Ali Rustam,” katanya kepada URTV.
Remy yang merupakan anak jati Melaka mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2007 dan hingga kini sudah lebih 30 buah filem dibintanginya.
Darjah itu diberikan Sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Manakala pelakon Ashraf Muslim turut dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) selepas watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

