Perodua Axia, pelbagai hadiah menarik bernilai RM70,000 menanti peserta Larian Keluarga Malaysia 2024

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEBUAH kereta Perodua Axia, telefon bimbit, pakej percutian, televisyen, basikal, peralatan elektrik, hamper serta pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM70,000 untuk cabutan bertuah menanti peserta Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 pada 29 September ini.

Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hadiah-hadiah tersebut termasuk kereta Perodua Axia 1.0 yang ditaja khas oleh pihak PERODUA adalah khusus untuk para peserta LKM 2024.

YKM turut menyeru kepada orang ramai terutama para peminat sukan ini supaya mendaftar segera kerana tarikh tutup penyertaan semakin hampir iaitu pada 7 September ini.

“Penyertaan terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada warganegara Malaysia sahaja. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web
https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024.

“LKM 2024 merupakan larian amal bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang hilang tempat bergantung akibat Pandemik Covid-19,” jelas kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, YKM memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5 juta setahun untuk memastikan kira-kira 1,000 anak yatim di bawah kendaliannya mendapat pendidikan yang sempurna dan memastikan kebajikan mereka terbela.

Jelas kenyataan itu, larian tersebut akan disertai oleh Perdana Menteri ke-9 yang juga Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Duta LKM, Khairy Jamaluddin.

Turut sama, lagenda-lagenda sukan negara seperti, pemenang pingat perak sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying, Jaguh Bina Badan Asia, Datuk Malek Nor, Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Santokh Singh, Roslin Hashim, Datuk Marina Chin dan Datuk Zaiton Othman.

YKM turut menjemput semua Menteri dan Ahli Parlimen, bekas anggota Kabinet Keluarga Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian.
Yayasan Kebajikan Atlet Negara (YAKEB) merupakan rakan strategik LKM 2024.

Larian ini turut dikuasakan oleh Keluar Sekejap sebagai podcast rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi manakala Free Malaysia Today dan Sinar Harian sebagai media rasmi LKM 2024.

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Keluarga Malaysia boleh didapati di laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi talian 0322027493.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This