RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor, tahun ini.

Menteri, Nga Kor Ming, berkata daripada jumlah itu, RM264 juta diperuntukkan bagi 40 projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur awam, pembangunan, perumahan, landskap dan komuniti, manakala lebih RM3.5 juta untuk penyelenggaraan 32 RIBI.

“Kita telah meluluskan peruntukan yang sangat besar untuk Johor, sebanyak 40 projek prasarana awam telah pun saya bawa hari ini ke Johor berjumlah RM267 juta termasuk RM10 juta untuk pembinaan dan naik taraf Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) seperti di Kluang, Johor Bahru Sentral, Larkin, dan pembelian bangunan kediaman BBP Pagoh, Bandar Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Kunci Rumah Rakyat (RMR) di Felda Sungai Mas hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Baca artikel lain: Gajah jantan mati dilanggar treler dekat Kluang

Kor Ming berkata KPKT juga meluluskan peruntukan RM10 juta untuk menukar lif serta mengecat dan membaik pulih sistem perpaipan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas yang merangkumi 2,520 unit dengan jumlah penduduk lebih 10,000 orang.

Beliau berkata peruntukan disalurkan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT dalam menambah baik infrastruktur awam dapat terus dipertingkatkan termasuk di kawasan pembangkang, selain memastikan setiap projek memberi manfaat kepada komuniti sekali gus berdaya maju dari aspek ekonomi.

“Saya hendak tegaskan kawasan-kawasan pembangkang juga kita jaga atas prinsip tiada yang tertinggal, tiada terpinggir cuma kita tidak berikan peruntukan kepada mereka, namun kita salurkan peruntukan menerusi agensi kerajaan yang berwibawa,” katanya.

Sementara itu, lima pemohon RMR daripada Parlimen Kota Tinggi dan Pengerang menerima kunci rumah mereka pada program hari ini.

Setakat 31 Julai lalu, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah membina 7,909 unit di Johor, termasuk 324 unit di Parlimen Kota Tinggi dan 235 unit di Parlimen Pengerang sejak ia mula diperkenalkan pada 2002.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This