BERSEMPENA dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Lomo Pictures Sdn Bhd dengan bangganya menayangkan filem Adoii Jiwaku secara percuma.

Adoii Jiwaku yang mengabungkan tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India dalam sebuah naskhah itu akan ditayangkan pada 13 September ini.

Tayangan tersebut adalah bagi menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan kaum yang unik di negara ini. 

Adoii Jiwaku tidak hanya menyampaikan mesej perpaduan, namun ia seolah membuka mata orang ramai bahawa kepelbagaian yang wujud di antara kaum yang berbeza dapat dipelajari dan di fahami dengan baik

Justeru,  penerbit filem ini, Aron Koh berbesar hati menayangkan semula karya tersebut secara percuma menerusi laman web rasmi mereka.

Selain menayangkan filem yang pernah dipilih sebagai Audience Choice Award di Malaysia International Film Festival (Miffest) pada tahun lalu, ia juga sebagai tanggungjawab sosial yang di ambil mereka sebagai langkah bagi menyebarkan mesej positif yang ada dalam filem ini. 

“Dengan tayangan filem ini diharapkan dapat membangkitkan perasaan saling menghormati sesama kita sekaligus menggalakkan lebih ramai pengkarya menghasilkan lebih banyak filem bergenre ini pada masa kan datang,” katanya.

SINOPSIS 

Sia lakonan Ali Arami, Ayis (Steve Yap) dan Malesh (Mohan) adalah tiga orang rakan sekerja yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja bersama di sebuah hotel. 

Di sebabkan personaliti dan perspektif kerja yang berbeza, mereka sering bertelagah dan bertengkar sesama sendiri. Semasa usikan di pejabat, terjadi kejutan elektrik yang disebabkan oleh Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain. 

Tidak dapat menyesuaikan diri dengan realiti yang mengejutkan kerana terpaksa tinggal dalam tubuh orang lain sepanjang hayat mereka, ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan untuk beralih kembali ke badan mereka sendiri. 

Bila semakin terbiasa dengan tubuh Ayis, Sia mempelajari lebih lanjut tentang budaya Melayu dan Islam setiap hari. Dia belajar untuk melihat melalui perspektif mereka, dan akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan. Sebaliknya, Ayis (dalam badan Sia) berpindah ke kediaman keluarga Sia.

Ingin tahu apakah kesimpulan kes pertukaran jiwa ini? Dan bagaimanakah hubungan antara ketiga-tiga pesaing sengit ini yang bertukar menjadi sahabat baik? Mampukah jiwa Sia dan Ayis akhirnya kembali ke badan masing-masing dan kembali hidup?

Jadi, tunggu apa lagi, ayuh! tonton filem Adoii Jiwaku pada 13 September ini, jam 12 tengahari di www.lomopictures.my