YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini.
Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka berdua turut mendoakan supaya Malaysia sentiasa dirahmati Allah SWT.
Pada masa sama, Seri Paduka berdua turut mendoakan negara ini diberkati dengan keamanan berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah.
“Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu,” menurut hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Agong berkenan tinjau keadaan perairan Johor
Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, hari ini.
Pelbagai pengisian menarik ditampilkan dalam sambutan itu yang bermula pukul 9 pagi tadi.
Edisi kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

