Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah

Dari Penulis

WAKTU pengoperasian di 72 pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam pada cuti persekolahan minggu depan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata langkah itu diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport bersempena dengan musim cuti itu.

“Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, pejabat pengeluaran pasport akan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam bermula Selasa (17 September) hingga Jumaat depan (20 September).

“Pada hari Sabtu dan Ahad pula akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 3 petang manakala waktu rehat tengah hari turut dibuka kecuali hari Jumaat yang ditutup sementara bermula 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program “Santuni MADANI” di Kampung La, Hulu Besut, Jertih semalam.

Beliau berkata bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula waktu operasi dilanjutkan hingga 8 malam pada hari Selasa dan Rabu sahaja (17 dan 18 September).

Baca artikel lain: Pekerja asing lari bertempiaran apabila Imigresen gempur restoran

Ruslin berkata pada Khamis, operasi pejabat di empat negeri berkenaan akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang manakala Jumaat dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Hari Sabtu, pejabat dibuka bermula 8 pagi hingga 3 petang sementara waktu rehat turut beroperasi selama tempoh itu (kecuali Jumaat),” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan peningkatan 50 peratus jumlah pelanggan untuk urusan pasport sepanjang cuti persekolahan ini iaitu daripada 10,000 orang setiap hari biasa kepada 15,000 orang.

Mengenai Program Santuni MADANI, beliau berkata ia merupakan cetusan idea Perdana Menteri bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk.

“Santuni MADANI ialah singkatan kepada Program Satu Pemimpin Satu Kampung dengan JIM telah memilih Kampung La sebagai kampung angkat jabatan,” katanya yang turut menziarahi beberapa penduduk yang terlantar selain menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This