DIKENALI sebagai kumpulan dengan seragam sekolah misteri dan rambut pendek, kumpulan tarian dari Jepun iaitu Avantgardey dengan bangganya mengumumkan bakal mengadakan persembahan debut mereka secara langsung di Malaysia dalam jelajah Asia yang paling dinantikan ramai.
Dianjurkan oleh 43 dan Sum Supreme Media (HK), dengan Westec Media selaku penganjur bersama, siri jelajah Asia Avantgardey di Malaysia bakal berlangsung pada 22 Disember depan, pukul 8 malam di ZEPP Kuala Lumpur.
Kumpulan tarian wanita yang sangat popular dari Osaka, Jepun ini terdiri daripada 17 penari yang sangat mahir dan ekspresif sehinga menggemparkan dunia. Persembahan mereka di America’s Got Talent telah viral sehingga mendapat pengikut antarabangsa yang ramai dan pengiktirafan daripada Vogue Japan sebagai bintang baru pada tahun 2023.

Pencapaian ini mengukuhkan status Avantgardey sebagai kuasa besar dalam dunia tarian. Avantgardey akan melakukan persembahan selama 80 minit. Mereka bakal menunjukkan kreativiti dan ekspresi yang luar biasa kali ini di samping terdapat gabungan visual yang menakjubkan.
Ini juga merupakan peluang buat penonton di Malaysia menyaksikan bakat mereka secara langsung. Penganjur menawarkan pakej Meet & Greet yang berharga RM880, termasuk satu tempat CAT 1 di lima baris pertama, akses ke Sesi Hi-Wave, Polaroid Bertandatangan dan Gambar Kumpulan 1:1 dengan ahli. Dapatkan pakej ini bermula pada 17 September sehingga 19 September ini.

Sekadar info, jualan tiket umum akan bermula pada 22 September 2024 melalui Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/43/avantgardeyasiatourmy.
Pemegang tiket berpeluang untuk memenangi faedah peminat. Sesiapa yang melebihi ketinggian 80 sentimeter (cm) perlu membeli tiket untuk kemasukan.

Harga tiket adalah seperti berikut:
ï‚· RM680 (VIP Box Pass)
ï‚· RM480 (Tempat Premium – Duduk)
ï‚· RM480 (CAT 1 – Duduk)
ï‚· RM380 (CAT 2 – Duduk)
ï‚· RM280 (CAT 3 – Berdiri Bebas).


Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

