Anak meninggal dunia dalam kandungan 7 bulan lalu, Noh Salleh anggap ujian untuk jadi lebih kuat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

HASRAT penyanyi Noh Salleh untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila dia berkongsi berita sedih isterinya, Fatin Athira keguguran tujuh bulan lalu.

Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, menganggap ia adalah takdir serta ujian yang diberikan buat mereka sebelum mempersiapkan diri sebagai ibu dan bapa.

“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata ‘upgrade’ diri sebagai suami isteri.

“Walau perit nak lalui yang aneh-aneh, kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih tenang sebab kami berjuang dan menang,” katanya.

Noh berkongsi coretan itu menerusi entri di Instagram miliknya hari ini.

Menerusi hantaran sama, penyanyi Angin Kencang itu turut memuat naik video sewaktu pengebumian anak sulungnya yang diberi nama Julian.

Pada masa sama, Noh turut berkongsi sepanjang isterinya itu hamil, dia turut bergelut dengan tuntutan hak penjagaan anak angkat bersama bekas isteri, Mizz Nina.

“Dalam bergelut berjuang untuk Musa, kami juga ‘struggle’ memastikan anak di dalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal.

“Beruntung kami di kelilingi orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang tak berhenti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana.

“Awal pagi teman pergi kuburan ketika kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who you are.

“Semoga Tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia (anak) nanti,” tulisnya.

Jelas Noh, dia membuat perkongsian itu juga sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

“Perkongsian ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab lalui macam-macam. True rock n roller,” ujarnya.

Untuk rekod Noh dan Fatin bernikah pada pada 23 September tahun lalu.

Sebelum itu Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos 2022.

Mereka memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This