SERAMAI 401 pegawai dan anggota polis menjalankan tanggungjawab mereka menerusi proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, rata-rata mereka keluar seawal susulan daripada keadaan cuaca yang baik ketika ini.
DUN Mahkota mempunyai 66,318 jumlah keseluruhan pengundi dengan 4,911 daripada adalah pengundi dalam kalangan anggota tentera dan polis.
Baca artikel lain: Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi 5.0 skala Richter
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar atau dikenali Coach Haizan.
Kerusi DUN Mahkota kosong selepas penyandang daripada BN, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman pada 2 Ogos lalu.
Allahyarham Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang, merampas kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dua tahun lalu selepas terlepas kepada Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram