Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI – ketahui inisiatif sara hidup di hujung jari

Dari Penulis

DALAM menyokong agenda komunikasi strategik Kerajaan MADANI terutama dalam aspek kos sara hidup, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membangunkan Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI.

Ia sebagai salah satu strategi advokasi dan medium komunikasi Kerajaan untuk menguar-uarkan program, inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan di bawah Kerajaan MADANI dalam aspek kos sara hidup.

Inisiatif khusus sara hidup yang ditawarkan adalah merangkumi tujuh (7) kluster di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) iaitu Kluster Kesihatan, Makanan, Pendapatan, Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan dan Utiliti serta termasuk inisiatif-inisiatif umum yang lain.

Maklumat bantuan dikongsi menyeluruh

Kerajaan MADANI komited dalam memastikan semua maklumat berkaitan bantuan dalam meringankan kos sara hidup rakyat dikongsi secara menyeluruh dan holistik.

Dengan menggunakan pendekatan ‘Inisiatif Sara Hidup di Hujung Jari’, portal ini dibangunkan merentasi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Sistem yang berintegrasi ini akan dijadikan rujukan utama rakyat, malah dapat memastikan maklumat berkenaan pelaksanaan inisiatif dan objektif bagi setiap program di bawah kementerian berkaitan sampai kepada rakyat dan memastikan agenda utama kerajaan dalam menstabilkan kos sara hidup rakyat tercapai.

Portal dan Aplikasi Ihsan MADANI memaparkan hampir 150 inisiatif dan bantuan sara hidup melalui Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun lalu.

Antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan ke RM10 bilion, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut dinaikkan ke RM700 juta, Program Payung RAHMAH MADANI turut dinaikkan ke RM200 juta, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tanpa mengira had pendapatan ibu bapa, PeKA B40, FlySiswa dan banyak lagi.

Baca artikel lain: Kerajaan MADANI akan terus hargai, iktiraf peranan warga pekerja – PM

Semak kelayakan bantuan dengan cepat dan mudah

Hanya dalam masa satu minit, rakyat dapat menyemak kelayakan bantuan yang merentasi pelbagai sumber bersesuaian di samping dapat mengakses maklumat dengan lebih pantas dan mudah.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada portal ini ialah portal ini sentiasa mengemas kini segala maklumat mengenai bantuan khusus yang sedang atau bakal dilaksanakan akan dipaparkan di halaman utama bagi memudahkan pengguna portal.

Rakyat hanya perlu mengisi butiran itu sebelum dibekalkan maklumat kelayakan yang sepadan dengan profil masing-masing.

Pengguna akan diminta untuk mengisi maklumat asas seperti tahun lahir, jantina, negeri tempat tinggal, kumpulan etnik dan lain-lain.

Orang ramai melihat laman web Ihsan MADANI selepas dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.

Selepas selesai mengisi semua butiran hanya perlu klik pada Hasil Carian sebelum dibawa kepada paparan inisiatif dan bantuan yang bersesuaian untuk pengguna.

Sekiranya pengguna ingin memulakan pengisian borang pengguna juga boleh menekan butang ‘Isi Semula’ jika ingin memulakan pengisian borang yang baharu.

Malah, Portal Ihsan MADANI ini sesuai digunakan oleh semua warganegara Malaysia pada semua peringkat umur kerana ia merentasi pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Perlindungan data peribadi

Portal Ihsan MADANI tidak menyimpan sebarang maklumat atau data yang dikongsikan oleh pengguna sama ada di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan.

Maklumat yang diisi pada Portal Ihsan MADANI adalah bersifat umum sahaja dan tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, perincian pekerjaan dan sebagainya.

Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna hanya bertujuan untuk penentuan inisiatif yang bersesuaian dengan pengguna sahaja.

Justeru, orang ramai diseru untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada portal ini supaya tiada rakyat yang akan tercicir menerima manfaat disediakan mengikut kelayakan masing-masing.

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.ihsanmadani.gov.my dan boleh memuat turun aplikasi mudah alih Ihsan MADANI menerusi Apple Appstore, Google Playstore dan Huawei AppGallery.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Masa kian suntuk, siapa pilihan pengundi?

KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 27 Jun lalu kini telah...

More Articles Like This