‘Dakwaan azan subuh ganggu tidur’ insiden lama, telah lalui proses tindakan

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih susulan penularan semula hantaran di media sosial mengenai dakwaan gangguan azan subuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengesan penularan semula hantaran berkenaan bertajuk ‘Dakwaan azan subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis’.

Ia katanya, telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Hasil semakan mendapati kandungan yang ditularkan tersebut merujuk kepada insiden lama yang telah pun melalui proses siasatan serta tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” jelasnya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan menyebarkan berita palsu, hasutan atau kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Sehubungan itu semua pihak dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Piala Dunia 2026: 554 individu ditahan, nilai pertaruhan lebih RM3 juta direkodkan

SERAMAI 554 orang termasuk 213 warga asing ditahan dalam 422 serbuan Op Soga XI selepas disyaki terlibat aktiviti pertaruhan...

More Articles Like This