Hael Husaini raih pengiktirafan antarabangsa di Asian Academy Creative Awards 2024

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

LAGU Diam nyanyian Hael Husaini yang menjadi runut bunyi (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend berjaya meraih anugerah Best Theme Song or Title Theme (Malaysia) di Asian Academy Creative Awards 2024 (AACA2024).

Karya ciptaan Hael bersama Iqie Hugh itu telah menempatkan diri sebagai pemenang bagi mewakili Malaysia dalam kategori berprestij terbabit.

AACA merupakan platform yang mengiktiraf karya kreatif terbaik dari seluruh Asia dalam pelbagai kategori, termasuk drama, filem, dokumentari, dan muzik tema. 

Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, malah membuktikan kualiti tinggi hasil karya seni tempatan yang mampu bersaing di persada global.   

Menurut Hael, dia amat terkejut apabila diberitahu bahawa lagu tersebut berjaya memenangi anugerah di peringkat serantau. 

“Saya benar-benar tidak menyangka bahawa lagu Diam akan terpilih dan memenangi anugerah ini. 

“Saya sangat bersyukur kerana hasil kerja keras saya bersama Iqie Hugh diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

“Kemenangan ini bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk seluruh pasukan yang terlibat dalam penghasilan lagu ini,” katanya.

Diam merupakan salah sebuah lagu yang terkandung dalam album sulung Hael iaitu Antonim Part I dan sehingga kini jumlah tontonan muzik videonya sudah melebih 2.1 juta di saluran Youtube Hael Husaini.

Di samping itu, seorang lagi artis naungan Rocketfuel Entertainment, Aiman Ameer, turut mencipta sejarah apabila memenangi anugerah dalam kategori Best Infotainment Programme di AACA2024.

Aiman meraih kemenangan ini melalui program popular Jejak Tular, di mana dia bertindak sebagai pengacara bersama rakan selebriti, Haiqal. 

Program ini yang mengupas isu-isu tular dalam masyarakat, telah berjaya menarik perhatian juri dengan pendekatan unik serta penyampaian yang dinamik dan segar.

Aiman  meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kemenangan ini. 

“Saya sangat gembira dan tidak menyangka rezeki berpihak kepada saya serta seluruh pasukan Jejak Tular. 

“Kami bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada penonton, dan kemenangan ini adalah bukti usaha gigih kami,” ujarnya.

Program Jejak Tular, yang memfokuskan kepada isu-isu sosial yang menjadi bualan di media sosial telah berjaya mencipta pengaruh besar dalam kalangan penonton tempatan dan kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

Pendekatan infotainment yang digunakan menjadikan program ini berinformasi dan menghiburkan, sekali gus mendapat tempat di hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kemenangan dua artis Rocketfuel Entertainment ini mencerminkan kejayaan besar dalam melahirkan bakat-bakat berkualiti yang bukan sahaja berjaya di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. 

Rocketfuel Entertainmen akan terus komited dalam pembangunan bakat dan penghasilan karya berkualiti serta berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang di masa akan datang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This