JENAMA fesyen tempatan, Amber menghangatkan musim Aidilfitri tahun ini dengan pelancaran koleksi terbaharu “AMBER EID’S TIME FOR LOVE”, sekali gus memperkenalkan Amber LUXE, koleksi eksklusif sulung jenama itu.
Koleksi Raya Amber 2026 menampilkan gabungan elegan klasik dan sentuhan moden, diterjemahkan menerusi rekaan yang diinspirasikan daripada keindahan seni bina dan warisan Istanbul.

Barisan Duta Amber, termasuk Amira Othman, Fattah Amin, Nora Danish dan Hael Husaini, turut memeriahkan kempen yang menekankan nilai kasih sayang, warisan dan kebersamaan sepanjang Syawal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, kempen kali ini bukan sekadar mempamerkan fesyen, tetapi mahu mengangkat emosi dan detik bermakna bersama insan tersayang.

“Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian, bukan sahaja cantik digayakan, tetapi turut membawa nilai sentimental yang boleh dikenang dan diwariskan,” katanya.
Untuk sesi photoshoot kempen raya, Amber membawa duta mereka ke Istanbul, kota yang kaya dengan nilai budaya Islam dan nostalgia.
Malah, penonton setia UTV akan berpeluang menikmati paparan eksklusif dari sana.

Amber Eid’s: Time for Love Collection
Koleksi Wanita (6 rekaan) menampilkan rekaan ringan, flowy, ruffle halus dan sulaman teliti:
- Lalizar – Motif tulip diraja, melambangkan kehalusan warisan klasik.
- AyaSofya – Kubah Hagia Sophia jadi inspirasi pleats accordion ikonik.
- Mihrimah – Kolar berlipat dan lengan terbuka seperti sinar matahari.
- Hürrem – Peplum regal dan corak floral Harem Topkapı.
- İznik – Seni seramik klasik dengan sulaman motif bunga istana.
- Sarayli – Potongan ringan, lengan peasant dan kolar tinggi berlipat.
Koleksi Lelaki (2 rekaan) tampil maskulin moden dengan fabrik cotton, siluet santai dan palet earth tone:
- Bosphorus – Kolar Hawaiian dan corak bunga halus.
- Rumeli – Kolar formal kemas dengan motif floral abstrak.
Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection
Koleksi eksklusif sulung ini menampilkan busana mewah satin dan chiffon sutera, dengan perincian lipatan, ruffle romantik dan reben elegan.
- Wanita (5 rekaan): Melis, Esma, Ruya, Ela, Leyla
- Lelaki (3 rekaan): Orhan, Azra, Demir
Amber Raya 2026 kini boleh dibeli secara online di laman web rasmi Amber, manakala butik fizikal baharu di IOI City Mall, Putrajaya dibuka untuk pembelian mulai 9 Februari 2026. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Amber atau Instagram @amber.officials.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

