Pemilik SUV halang laluan di Petaling Street disaman selepas tular

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan utiliti sukan yang menghalang laluan pengguna di Jalan Sultan, Petaling Street pada Ahad lalu selepas ia tular.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzudi Mohd Isa berkata, menerusi rakaman tular dapat dilihat sebuah kenderaan berwarna putih menggangu pengguna jalan raya.

“Kenderaan tersebut telah diambil tindakan saman di bawah LN166/59 (1) Halangan Lalulintas oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa lebih peka dan tidak meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menganggu laluan pengguna lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This