[VIDEO] Ucapan istimewa Fazura sempena ‘birthday’ Fatima ke-4 tahun, doa akan terus bersama sepanjang hayat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Fazura menzahirkan kemaafan kepada Nur Fatima Aisya disebabkan tidak dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-4 anak perempuannya itu pada tahun ini.

Biarpun tiada majlis keraian namun Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin,41, kasih sayangnya terhadap Fatima tetap utuh dan selamanya.

“Walaupun tahun ini mommy tidak dapat mengadakan majlis privasi besar-besaran seperti sebelum ini, tetapi percayalah saya sangat sayangkan kamu lebih daripada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa jua keadaan dan selalulah berterima kasih kepada Allah SWT. 

“Hargai semua orang yang menyayangimu. Mommy akan sentiasa ada di sisi Fatima di saat susah senang dengan izin Allah. 

“Saya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata seperti awak,” tulisnya.

Fazura memuat naik status tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Pada masa sama, Fazura menyifatkan Fatima memiliki sifat penyayang selain mudah memahami perasaan orang lain.

“Fatima sayang, mommy berdoa untukmu sebelum kamu dilahirkan dan akan terus berdoa untukmu sepanjang hayat mommy.

“Fatima anak yang baik. Bukan sahaja kamu mempunyai hati yang besar tetapi kamu juga sangat kuat, tahan lasak, tegas dalam apa yang kamu inginkan, penyayang dan penuh empati terhadap semua orang yang kamu temui, terutama mommy.

“Saya sangat sayangkan awak, anak perempuan saya selamanya. Semoga Fatima terus membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi Allah daripada manusia berhawa nafsu syaitan dan menjadi anak yang solehah.

“Semoga awak sentiasa menyayangi diri sendiri dan berbuat baik kepada semua orang, berjaya di dunia akhirat mudah-mudahan. Teruslah ceria dan bahagia seperti kamu sekarang, buah hatiku,” katanya.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada 25 November lalu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This