Penutup simen Jalan Masjid India terangkat: Penutup lurang hilang, IWK selesai pasang semula

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INDAH Water Konsortium (IWK) telah pun selesai memasang penutup lurang baharu susulan video insiden penutup simen di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur terangkat yang tular sejak semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, insiden penutup simen terangkat itu disebabkan penutup lurang di kawasan berkenaan yang hilang sebelum ini.

Menurut DBKL, perkara tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan tindakan vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

“DBKL merujuk kepada video TikTok mengenai keadaan penutup simen terangkat di Jalan Masjid India yang tular.

Penutup lurang telah pun dipasang semula

“Pihak IWK telah selesai memasang penutup lurang tersebut pada awal pagi tadi (5 Oktober),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, DBKL menggesa orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyiarkan kandungan yang boleh mencetuskan situasi panik.

Baca artikel lain: Kawasan Jalan Masjid India selamat dikunjungi, kejadian tanah jerlus bersifat setempat

Pada masa sama, DBKL turut mengingatkan orang awam tidak mencetuskan kegelisahan orang lain dengan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Jalan Masjid India, baru-baru ini.

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok yang memaparkan penutup simen di Jalan Masjid India terangkat berulang kali hingga mencetuskan kebimbangan orang awam dan pengunjung lokasi berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 25 saat dimuat naik oleh pengguna TikTok, Lakshmi Karthick pada Khamis, insiden itu terjadi di sekitar kawasan berlakunya tanah jerlus yang muncul secara tiba-tiba 23 Ogos lalu melibatkan pelancong warganegara India, Vijaya Laksmi Goli, 48 tahun.

Menerusi video berkenaan, kawasan jalan tersebut turut dipenuhi dengan gerai jualan dan beberapa orang awam yang singgah ketika hujan renyai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This