4 penyanyi bakal galau bersama & ‘healing’ di acara muzik Asmara Loka

Dari Penulis

SETELAH menjayakan Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lalu dan siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society di Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, Fuse Creative Digital Media dengan berbesar hatinya ingin mempersembahkan Asmara Loka, sebuah acara muzik yang bakal diadakan pada 9 November ini di Ipoh Convention Centre.

Dengan membawa konsep acara muzik indoor yang intim dan eksklusif, juga barisan artis terkenal tanah air seperti 6ixthsense, Insomniacks, Drama Band dan Aizat Amdan, Fuse Creative Digital Media berhasrat untuk menjadikan Asmara Loka sebagai satu acara buat penggemar muzik tanah air yang meminati dan mengikuti trend “galau” dan “healing” yang sedang trending di media sosial seperti Tiktok, Facebook dan Instagram, terutamanyadi kalangan generasi muda.

Sempena kempen Tourism Perak iaitu Travel to Perak 2024, Asmara Loka juga merupakan antara usaha untuk mempromosi bandar Ipoh yang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai Creative City of Music. Dengan penganjuran acara ini, ia sedikit sebanyak boleh menarik minat belia dari seluruh negara untuk berkunjung ke Perak.

Pengarah Projek iaitu Syahril Husny atau lebih dikenali sebagai Aril menjelaskan kepentingan untuk acara ini dilaksanakan dan dijayakan oleh semua pihak.

“Saya sebagai wakil daripada Fuse berharap Asmara Loka bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air, tetapi juga sebagai satu titik pertemuan bagi penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa. 

“Kami yakin acara ini akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan membawa impak positif kepada industri pelancongan dan ekonomi setempat,” katanya.

Jualan tiket atas talian telah bermula pada 6 Ogos yang lalu di laman sesawang www.ticket2u.com.my  dengan dua kategori iaitu, RM98 bagi tiket ZONA PATAH HATI dan RM128 bagi tiket ZONA MATI RASA. Setakat ini sebanyak 60 peratus tiket sudah habis terjual. 

Atas permintaan ramai di kalangan komuniti, kini tiket kombo diperkenalkan untuk kategori ZONA PATAH HATI : “Tiket Duo” dengan harga RM226 untuk dua orang dan “Tiket Kumpulan” dengan harga RM432 untuk empat orang yang mula dijual pada 11 October. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This