475 pegawai AADK terima penganugerahan sijil perakuan amalan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 475 pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperoleh penganugerahan sijil perakuan amalan bagi program persijilan AADK selepas berjaya mencapai tahap kompetensi.

Penganugerahan itu adalah menerusi tiga program iaitu Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE); Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP) dan Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP).

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK (PPA) kali ke-3 yang diadakan di Sungai Petani, Kedah.

Shamsul Anuar dalam kenyataan memaklumkan, seramai 123 pegawai telah menerima CPE; 195 lagi memperoleh CPP dan 127 pegawai pula mendapat CEP.

Pada masa sama, kata beliau, 30 pegawai pula adalah daripada PPA Ketua AADK Daerah yang diwujudkan khas kepada semua pegawai AADK daerah di seluruh negara.

Beliau berkata, AADK menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil peluang mentauliahkan seramai 44 pegawai yang berjaya mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Penyelarasan Koreksional Sosial Tahap 4 yang diperaku oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

“Sehubungan dengan itu, majlis ini merupakan acara tahunan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pegawai-pegawai AADK yang telah mencapai kompetensi yang ditetapkan dalam program tersebut.

Baca artikel lain: Penyalahgunaan dadah libat pelajar sekolah tunjuk trend membimbangkan – AADK

“Selain daripada itu, PPA juga adalah sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah dadah dan bahan di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar menjelaskan program PPA adalah persediaan awal AADK dalam meningkatkan kompetensi pegawai menerusi tiga bidang utama agensi itu iaitu pendidikan pencegahan; rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan dan keselamatan.

Katanya, perkara itu jelas membuktikan kesiapsiagaan AADK dalam memastikan setiap inisiatif yang diperkenalkan melalui pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang telah diluluskan Parlimen Ogos lalu dapat dilaksana dengan jayanya.

Menurut Shamsul Anuar, AADK juga telah mempersiap pegawai pemulihannya dengan kemahiran saringan, penilaian dan pengujian dadah yang menjadi satu komponen penting dalam peranan pegawai pemulihan untuk menentusahkan penagih dan penyalahguna dadah atau bahan yang ingin mendapatkan rawatan secara sukarela.

“PPA juga adalah sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah dadah dan bahan di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This